Friday, July 3, 2009

DOA HARI PEPERIKSAAN


1- Ketika masuk ke dewan:

“Katakanlah, wahai tuhanku masukkan aku dari tempat yg benar, dan keluarkan aku dari tempat yg benar juga, dan berikan aku dari kurniaanmu kekuataan yg membantu.”

2- Ketika menerima kertas jawapan:

“Ya tuhanku lapangkan dadaku dan mudahkan urusanku, dan leraikanlah ikatan di lidahku supaya mereka memahami percakapanku”.

3- Jika sukar untuk menjawab:

“Ya tuhan yg maha hidup dan maha pembangkit, dengan rahmatmu aku meminta pertolongan”

“Ya Allah tiada kesenangan kecuali apa yg kau jadikan ia senang, dan engkaulah yg menjadikan kesusahan itu satu kesenangan”.

4- Jika terlupa jawapan:

“Ya Allah yg mengumpulkan manusia di hari tiada ragu-ragu, maka kumpulkanlah maklumat-maklumatku”.


Thursday, July 2, 2009

Peperiksaan Satu Penyiksaan




Hari ini merupakan hari terakhir kelas di UPSI. Minggudepan akan bermulanya hari penentuan kepada semua pelajar DPLI UPSI 2008/2009 . Bermula dari tarikh 6/07-10/07/2009 merupakan tarikh peperiksaan. Berdebar-debar rasanya untuk menghadapi peperiksaan ini, rasanya baru habis belajar sahaja, assingment yang baru disiapkan belum sejuk lagi dan kerja yang banyak sebelum ini baru selesai sahaja ditambah pula dengan bebanan yang terakhir menanti pelajar DPLI UPSI 2008/2009, sebelum pergi ke tempat praktikum. Peperiksaan merupakan medan yang mencabar semua pelajar untuk mengeluarkan idea-idea yang dipelajari dalam kelas ke dalam kertas peperiksaan.Buku yang di beli tidak dibaca lagi, pensyarah pulak tidak memberitahu mana tajuk yang penting untuk dibaca. Semua ini merupakan dugaan dan ujian yang berat dalam menghadapi peperiksaan ini, belum lagi dugaan dihadapan Allah.
Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menempuh imtihan kepada sahabat-sahabat DPLI UPSI 2008/2009. Usaha dan tawakkal itu merupakan senjata yang utama dalam diri pelajar. Disamping kita berusaha dengan bersungguh-sungguh tidak lupa untuk kita meletakkan harapan yang sepenuhnya kepada Allah S.W.T kerana kepadanya kita mengharapkan kejayaan bersama.
Disini juga saya ingin meminta maaf kepada pensayarah-pensyarah, halalkanlah ilmu yang telah diberikan kepada kami. Sesunguhnya Ilmu yang diberikan itu memberi manfaat yang bernilai kepada kami yang tidak boleh dibeli dan dicari dengan sendiri. Sebaik-baik guru adalah pengalaman, pengalaman jugalah guru yang terbaik dalam diri seseorang. Disini tidak lupa juga saya ingin meminta maaf kepada sahabat-sahabat semua sekiranya terdapat salah dan silap. Dan akhir sekali Selamat Mengahadapi Peperiksaan kepada semua sahabat-sahabat DPLI UPSI 2008/2009. Doakan kejayaan kami ini sehingga menjadi seorang guru yang bitara.
Akhir sekali renunglah kata-kata ini :


" Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memeliharamu ,
Peliharalah Allah nescaya Engkau menemui Nya di hadapanmu,
Kenalilah Allah ketika senang, Nescaya Allah akan mengenalimu ketika susah,

Jika engkau meminta, maka mintalah kepada Allah,
Dan jika engkau meminta tolong maka minta tolonglah kepada Allah.........."

Ya Allah Engkau mudahkanlah segala Urusan Kami ini... Berilah Kejayaan kepada kami ini.




About This Blog

Footer

  © Blogger template 'External' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP